Merbau ipil
Merbau ipil

Merbau ipil

Pokok Merbau Ipil ialah pokok yang hidup di paya bakau Asia Tenggara serta pulau-pulau di Lautan Pasifik. Pokok ini yang merupakan pokok rasmi Guam, sebuah wilayah Amerika Syarikat, ialah anggota keluarga Caesalpiniaceae tropika. Nama botaninya Intsia bijuga (Colebr.) O.K. [1]Pokok Merbau Ipil tumbuh sehingga sekitar 50 meter (160 kaki) tingginya dan memiliki banyak akar banir pada kaki batang pokoknya. Kayu merbau kekadangnya mengandungi bintik "emas" di sepanjang ira kayu dan menyebabkannya kelihatan amat menarik. Banyak kayu ini telah dibeli untuk persediaan Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China. Disebabkan oleh pembalakan yang giat, Pokok Merbau Ipil merupakan spesies terancam di banyak negara di Asia Tenggara, dan hampir pupus di banyak negara yang lain. Kedua-dua pengilang, baik berlesen mahupun tidak, beroleh kayunya.

Rujukan

WikiPedia: Merbau ipil http://www.wildsingapore.com/chekjawa/text/f106.ht... http://anasia.info/en/img/CIRAD-Merbau.pdf http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/6277518.st... http://luxbaum.com/p_merbau_physical.html http://www.tropicalbuildings.com/timber/merbau-spe... http://www.coral-triangle.org/downloads/Bintuni_en... http://www.seedtest.org/upload/cms/user/BotaniName... https://web.archive.org/web/20070927143858/http://... https://web.archive.org/web/20080725015334/http://... https://web.archive.org/web/20110930192604/http://...